Tuesday, September 1, 2009

ALUMNI EX-KOSASIAN



Tujuan utama Alumni SMK Taman Kosas :-

*Menyatukan bekas pelajar SMK Taman Kosas dari tahun 1989 sehingga sekarang.


Tujuan lain Alumni SMK Taman Kosas :-

1. Membantu pelajar-pelajar junior dalam
~ Bidang akademik
~ Dana tambahan (Sumbangan dari bekas-bekas pelajar dalam apa jua bentuk)
~ MemberI nasihat / teknik belajar dan lain-lain

2. Membina atau memperbaiki infrastruktur sekolah seperti :-
~ Tandas sekolah rosak
~ Meja dan kerusi sekolah yang rosak 

3. Serta tujuan-tujuan lain yang membawa kepada kebaikan kepada bekas pelajar, pelajar dan pihak sekolah.


Pada bulan 6 yang lalu satu mesyuarat AJK ALUMNI telah diadakan di SMKTK bermula jam 8.30 p.m sehingga 12 a.m. Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan mengenai ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat untuk persatuan ALUMNI SMKTK ini. Pada mesyuarat ini, AJK2 yang pada mulanya telah dilantik untuk menjayakan MAJLIS MAKAN MALAM AMAL yang telah dilantik pada 18 April 2009 telah sebulat suara bersetuju untuk membubarkan AJK2 yang telah ada dan membuat perlantikan baru. Ini berikutan terdapat AJK2 yang telah dilantik pada ketika itu tidak dapat memberikan komitmen kepada Persatuan ALUMNI ini. Ahli Jawatankuasa perlu dilantik sebagai kelayakan untuk mendaftarkan persatuan kepda pihak yang berkenaan. Oleh kerana itu, AJK terbaru yang dilantik ini merupakan mereka-mereka yang dapat memberikan komitmen untuk memajukan Persatuan ALUMNI SMK TAMAN KOSAS bagi tahun 2009 ini. Disenaraikan dibawah AJK ALUMNI SMK Taman Kosas yang telah dilantik semasa mesyuarat itu dijalankan. (Jika ada sebarang kemusyikilan dan tidak kepuasan hati, sila kemukakan kepada kami)


 AJK ALUMNI SMK TAMAN KOSAS

Pengerusi : En. Mohd Shafizan Sapie

N. Pengerusi (Admin) : En. Lakiruddin

N. Pengerusi (Operasi) : En. Mohd Herman

Setiausaha : Pn. Nazneen Asan

N. Setiausaha : Cik. Zulaidah Aman

Bendahari : Pn. Azleenaewatee Jamal Husainey

N. Bendahari : Pn. Norliana Ali

Penyelaras : 5 orang guru dari SMK Taman Kosas (perantara antara AJK dan pihak sekolah)


AJK Sukan :
1. En. Raja Khairul Mizan 
2. En.Jusmain Jumaat

AJK Aktiviti Amal : 
1. En. Azhar Gapor
2. En. Bakhtiar
3. En. Maskur Harun

AJK Makanan/Minuman : 
1. En. Kamarul Khairee Kamaruddin
2. En. Azhan Yaacob

AJK Cenderahati, Hadiah, Sumbangan : 
1. En. Zahid Abd Jalil
2. En. Noor Mohamad
3.En. Iskandar Ismail

AJK Majlis-majlis Keraian: 
1. Cik Nurin Husinoor
2. Cik Latifah Abd. Wahab
3. En. Sallehuddin Zainal Abidin

AJK Rombongan / Hari Keluarga : 
1. Cik. Norsuhaila Samsuri
2. Cik Zulaikha Zulkefle
3. En. Reimy Yunus

AJK Website: En.Mohd Naim Mastor

AJK Transport: Cik Ainun Jamaludin

AJK Kebersihan: CIk Maizarima

** Masih terdapat kekosongan untuk AJK setiap batch...
** Sekiranya berminat dan mampu memberikan komitmen kepada Persatuan ALUMNI ini, sila berikan nama kepada kami


Untuk menyertai/mendaftar sebagai ahli alumni SMK Taman Kosas
Sila hantar
Ke E-mail:  x_smktk@yahoo.com

CREDIT TO : K.Sue (http://spmbatch2002.wordpress.com/)

No comments: