Monday, September 7, 2009

Majlis berbuka yang best~!!!


ASsaLaMuaLaiKuM WBT and GooD EveNinG FriEnDs~~

Hye all~ Korang semua apa khabar? Hopefully, semua sihat-sihat la hendaknya. Hari ini genap hari ke 17 kita semua menunaikan ibadah puasa. Syukur Alhamdulillah... Ini bermakna tinggal seminggu lebih je lagi kite semua nak beraya (bagi kengkawan yang beragama Islam)... Wuhuu~ Tak sabar pulak rasanya.... =p. Sebelum cerita pasal raya... baik kita berita tentang bulan puasa ni... Ha~ So far macam mana korang menyambut bulan Ramadhan ni? Kengkawan yang ada kat overseas tu.... Cerita2 la sikit korang punya pengalaman masa menyambut bulan Ramadhan kat negara orang tu... Nak jugak kengkawan kat Malaysia ni tau macam mana suasan berpuasa kat sana... Semestinya berbeza kalau nak dibandingkan bila berpuasa kat Malaysia ni kan? huhu...

Oklah... sebelum mukadimah tu menjadi lebih panjang, baik kita berpindah kepada topik yang sebenarnya... Actually, post kali ni Ieka nak menceritakan tentang kemeriahan sambuatan Majlis Berbuka Puasa Anjuran ALUMNI seperti yang telah diwar-warkan melalui FACEBOOK dan BLOG ini sebelum-sebelum ni. Kat  bawah ni adalah di antara perkara yang berlaku disepanjang majlis berlangsung :

6.15 p.m : The earlier participants from our batch MUIZZ, NADIA and NOR AZIMAH arrived at Balai Seni Lukis negara. 10 minutes after that, my friend and I pulak yang sampai.

6.30 p.m : Persiapan untuk kali yang terakhir dijalankan. Mengatur tempat, menyusun hadiah, menyusun tiket masuk, menyediakan PA system dan sebagainya.

6.40 p.m : Shawal and fiancee pulak sampai. Dari jauh dan awal lagi dah nampak diorang ni ada potensi untuk merebut hadiah untuk Pertandingan Pakaian Sedondon dalam majlis. Shawal and ain pakai baju warna Cream masa tu. Sangat comel... hehe....

7.00 p.m : Sesi pendaftaran dijalankan. 10 minutes before pendaftaran dijalankan Suria and partner serta Liza and partner pulak sampai. Pendaftaran telah dijalankan dengan lancar. Untuk makluman kengkawan yang datang haritu... Nama korang secara rasmi dah terdaftar sebagai ahli ALUMNI SMK TAMAN KOSAS.

7.15 p.m : Pengetua SMK Taman Kosas (sekarang) selaku VIP tiba di Republic Cafe. Fatin Nabila and her sister serta Muzzamir dan cik adiknye tiba pada saat2 genting dah nak berbuka. huhu...

7.25 p.m : Azan berkemandang dan sesi berbuka puasa berlangsung. Masa tu erlalu banyak pilihan makanan yang ada sehingga tak tau nak makan apa... OK!. huhu... Rasa2nya... adalah nak dekat 40 jenis pilihan makanan yang ada. Memang siapa yang pergi cakap makan tak kenyang... memang la~ nak kene... huhu...

7.50 p.m : Solat maghrib secara berjemaah berlangsung. Tapi ada je yang tak sempat join solat secara berjemaah sebab surau agak kecil.

8.15 p.m : Naik balik ke tempat kejadian (tempat majlis berbuka diadakan). Sesi makan2 disambung semula. Kali ni... makan2 versi makan2 sampai lebam la... sebab diberi masa samapai pukul 8.40 untuk makan lagi sementara menunggu solat Isya and tarawikh.

Dalam masa ini, sesi cabutan bertuah diadakan. Sebanyak 12 hadiah cabutan bertuah telah disediakan pada malam tu. Setiap AJK yang terlibat dieberi peluang untuk mencabut nombor ekor eh silap... nombor tiket untuk hadiah cabutan bertuah ni.

9.00 p.m : Tetamu yang hadir diberi ruang untuk solat Isya' dan tarawikh di surau. Sementara itu majlis masih tetap diteruskan kerana ingin mengejar masa. Sesi cabutan bertuah diadakan diselang selikan dengan pengumuman bagi beberapa kategori yang disediakan seperti Pasangan Pakaian Sedondon, Pasangan Paling Sporting & Pertandingan penampilan paling bergaya lelaki serta perempuan.


9.30 p.m : Sessi bergambar untuk setiap batch diadakan.

10.00 p.m ++ : Majlis bersurai...

Itulah diantara peristiwa-peristiwa yang terjadi masa majlis berbuka puasa tu berlangsung. Conclusionnya... majlis berbuka anjuran ALUMNI kali ni memang tak menghampakan mana2 pihak sekali pun.
Kat bawah ni adalah diantara kawan-kawan satu batch yang dapat hadiah mase malam tu.
Hadiah Cabutan Bertuah : Muzzamir, Suria and Azimah.
Pasangan Pakaian Sedondon : Shawal and fiancee, Ain.
Pasangan Paling Sporting : Zulaikha and kawan... 

Dan diantara gambar2 yang best ialah :

- Shawal and Ain - 



- Azimah, Nadia and Ain -



- Ieka, Suria, Arif and Liza -



- Muzzamir and his girlfriend, Ziana with Fatin Nabila and her kakak, Fatin Nadia (batch 2002) -



- Gadis-gadis ayu from batch 2003 except Ain (our junior cum Shawal's fiancee) -



- Muzzamir and Ziana takde Zain... hehe... -



- Mengambil gambar.. acara wajib bagi perempuan... lalala~ -



- Yeah... Batch 2003 united... From left : Fatin, Azimah, Nadia, Ain, Shawal, Muizz, Zamir, Ieka, Sue and Liza -



- Love this picture... Sume COMEL... hehehe.... =p -



- Ni senior2 from batch 2002 yang hadie. From left : Kak.Sue, Kak Nadiah, Kak Azila and Kak Nadia. Hujung skali tu tak terlibat. =p -



- Ni pulak our junior from batch 2004 -



- AJK ALUMNI SMK TAMAN KOSAS -


Sampai sini je buat masa ni... Till next post ya... bubbye~!

No comments: