Wednesday, July 14, 2010

Reunion Ex-Kosas 2010

Assalamualaikum wbt and good evening to all...

The details regarding this event :

Venue : Private Villa @ Titiwangsa
Date : 7th August 2010
Time : 7.00 p.m
Fees : RM70/person
Theme : Hawaiian Nite

Activities :-

1. Barbeque & cocktail dinner (confirmed)

2. Liveband (confirmed)

3. Karaoke (confirmed)

4. 10 exciting Games (confirmed)

5. Best Hawaiian wear (confirmed)

6. Lovely souvenirs to be gift away (confirmed)

7. Performance (confirmed)

8. Dance floor excitement..R&B tunes wit D.J Wee, all nite (confirmed)

9.Swimming pool..for those who seek for extra funtime ;) (confirmed)

10. Fun time with old frenz (surely confirmed punyeeer)




P/S : Anything regarding this event, please ask K.NAZNEEN at her FB -NAZNEEN ASAN

Wednesday, March 17, 2010

Update to Salam TAKZIAH



Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia semua...


Kita semua telah sedia maklum tentang pemergian salah seorang rakan ex-SMK Taman Kosas iaitu Muhammad Fidaus Bin Mazlan atau lebih dikenali sebagai Abby pada tarikh 16 Mac 2010 iaitu semalam. Di sini saya nak update  sikit lagi mengenai beliau. 

- Beliau dipercayai telah meninggal dunia disebabkan oleh internal problem dan maklumat yang tepat masih lagi dalam siasatan. (Tunggu keputusan post-mortem keluar baru dapat tau punca sebenar). 

- Beliau telah dikebumikan di Ampang. Lokasi tepat tak dapat diketahui. Terlupa nak tanya informer. Hehe. Dah tau dah... Tengok kat FB Badak tadi... Lokasinya di Tanah Perkuburan Taman Kosas. ( Tu yang kat kampung tengah tu kan? Heeee.... Tak pasti pulak yang mane...)

- Jika kita terlupa gambaran muka Abby. Di bawah ni saya muat naikkan gambar beliau yang telah berjaya diambil dari Facebook beliau. Semoga dihalalkan. Ameen.


- Beliau turut mempunyai blog ---> http://colourfulchicken.blogspot.com/. So, kalau sesiapa yang dah lama tak jumpa arwah dan nak tau mengenai semasa hidupnya... Sila klik pada link di atas untuk ke blog arwah.

Akhir sekali, untuk pengetahuan kawan-kawan... Arwah baru sahaja menyambut hari kelahirannya pada lebih kurang 2 minggu yang lepas (5 MAC). Di usia 24 tahun arwah telah meninggalkan kita semua. Terkesanlah kepada kita semua yang ajal maut datang tak mengenal usia. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT.  Sekian sahaja buat kali ni. AL-FATIHAH

P/S :- Thanks to Mr Johari Ismail dan Ms. Royhanah for the info...


Sekian,
Zulaikha@Ieka

Tuesday, March 16, 2010

Salam TAKZIAH

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera semua....

Sekian lame blog ni ditinggalkan menyepi... Hari ni ada satu berita sedih yang diterima dari kawan-kawan satu batch... Salah seorang rakan batch kita, Muhammad Firdaus Mazlan (time sekolah beliau adalah Librarian and selalu bersongkok) telah kembali ke rahmatullah (meninggal dunia) sebentar tadi di atas sebab-sebab yang saya sendiri tak dapat tau... Hopefully, kalau ada kawan-kawan yang bole bagi sikit info and gambar (kalau ada) untuk mengembalikan memori kepada kawan-kawan kita yang lain... Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau... AL FATIHAH....

P/S : Mati tak kenal apa itu usia... Dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali... 


Regards.
Zulaikha@Ieka

Saturday, October 10, 2009

Salam Aidilfitri dan Happy Diwali in advance...

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera...

Hye friends!

Apa khabar semua? Apa macam raya kali ni? Harap-harap korang semua dapat lama sama-sama memanfaatkan hari kemenangan kali ni dengan penuh gumbira sekali... hehe...

This raya ada kawan-kawan yang jemput datang rumah dia orang... So dapat la jugak jumpa kawan-kawan lama batch 2003 balik... Antara mereka-mereka yang buat open house dan saya telah pergi menerjah rumah diaorang ialah rumah Mr.Afif atau lebih famous dengan panggilan Badak, Haryati aka Akak, rumah tunangan Encik Syawal kita iaitu Ain, Suria, Fazlina and Afifah... 3 orang terakhir tu tak buat open house actually... tapi sempat la serang hendap rumah diorang baru-baru ni... hehe...

Actually, saya menulis kali ni di atas hajat salah seorang kawan kita yang bernama Miss VANITHA... Saya diamanahkan untuk memwar-warkan mengenai OPEN HOUSE yang bakal diadakan sempena sambutan HARI DIWALI pada minggu depan... Info mengenai OPEN HOUSE di rumah Vanith adalah seperti berikut :

VENUE : Vanitha's house at Bandar Baru Ampang (Address will be updated later)
DATE : 24th October 2009
TIME : Will be confirmed later

So kepada sesiapa yang berhajat nak datang (di atas undangan tuan rumah). Please inform me before 20th October 2009 by leave your comment here/Facebook or SMS me at 013-2994112 (Tolong bagitau name eh... TQ).

Sebelum saya mengundurkan diri... Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan



 serta



in advance to those friends who celebrate it. TQ~


Regards,
Zulaikha@Ieka

Monday, September 7, 2009

Majlis berbuka yang best~!!!


ASsaLaMuaLaiKuM WBT and GooD EveNinG FriEnDs~~

Hye all~ Korang semua apa khabar? Hopefully, semua sihat-sihat la hendaknya. Hari ini genap hari ke 17 kita semua menunaikan ibadah puasa. Syukur Alhamdulillah... Ini bermakna tinggal seminggu lebih je lagi kite semua nak beraya (bagi kengkawan yang beragama Islam)... Wuhuu~ Tak sabar pulak rasanya.... =p. Sebelum cerita pasal raya... baik kita berita tentang bulan puasa ni... Ha~ So far macam mana korang menyambut bulan Ramadhan ni? Kengkawan yang ada kat overseas tu.... Cerita2 la sikit korang punya pengalaman masa menyambut bulan Ramadhan kat negara orang tu... Nak jugak kengkawan kat Malaysia ni tau macam mana suasan berpuasa kat sana... Semestinya berbeza kalau nak dibandingkan bila berpuasa kat Malaysia ni kan? huhu...

Oklah... sebelum mukadimah tu menjadi lebih panjang, baik kita berpindah kepada topik yang sebenarnya... Actually, post kali ni Ieka nak menceritakan tentang kemeriahan sambuatan Majlis Berbuka Puasa Anjuran ALUMNI seperti yang telah diwar-warkan melalui FACEBOOK dan BLOG ini sebelum-sebelum ni. Kat  bawah ni adalah di antara perkara yang berlaku disepanjang majlis berlangsung :

6.15 p.m : The earlier participants from our batch MUIZZ, NADIA and NOR AZIMAH arrived at Balai Seni Lukis negara. 10 minutes after that, my friend and I pulak yang sampai.

6.30 p.m : Persiapan untuk kali yang terakhir dijalankan. Mengatur tempat, menyusun hadiah, menyusun tiket masuk, menyediakan PA system dan sebagainya.

6.40 p.m : Shawal and fiancee pulak sampai. Dari jauh dan awal lagi dah nampak diorang ni ada potensi untuk merebut hadiah untuk Pertandingan Pakaian Sedondon dalam majlis. Shawal and ain pakai baju warna Cream masa tu. Sangat comel... hehe....

7.00 p.m : Sesi pendaftaran dijalankan. 10 minutes before pendaftaran dijalankan Suria and partner serta Liza and partner pulak sampai. Pendaftaran telah dijalankan dengan lancar. Untuk makluman kengkawan yang datang haritu... Nama korang secara rasmi dah terdaftar sebagai ahli ALUMNI SMK TAMAN KOSAS.

7.15 p.m : Pengetua SMK Taman Kosas (sekarang) selaku VIP tiba di Republic Cafe. Fatin Nabila and her sister serta Muzzamir dan cik adiknye tiba pada saat2 genting dah nak berbuka. huhu...

7.25 p.m : Azan berkemandang dan sesi berbuka puasa berlangsung. Masa tu erlalu banyak pilihan makanan yang ada sehingga tak tau nak makan apa... OK!. huhu... Rasa2nya... adalah nak dekat 40 jenis pilihan makanan yang ada. Memang siapa yang pergi cakap makan tak kenyang... memang la~ nak kene... huhu...

7.50 p.m : Solat maghrib secara berjemaah berlangsung. Tapi ada je yang tak sempat join solat secara berjemaah sebab surau agak kecil.

8.15 p.m : Naik balik ke tempat kejadian (tempat majlis berbuka diadakan). Sesi makan2 disambung semula. Kali ni... makan2 versi makan2 sampai lebam la... sebab diberi masa samapai pukul 8.40 untuk makan lagi sementara menunggu solat Isya and tarawikh.

Dalam masa ini, sesi cabutan bertuah diadakan. Sebanyak 12 hadiah cabutan bertuah telah disediakan pada malam tu. Setiap AJK yang terlibat dieberi peluang untuk mencabut nombor ekor eh silap... nombor tiket untuk hadiah cabutan bertuah ni.

9.00 p.m : Tetamu yang hadir diberi ruang untuk solat Isya' dan tarawikh di surau. Sementara itu majlis masih tetap diteruskan kerana ingin mengejar masa. Sesi cabutan bertuah diadakan diselang selikan dengan pengumuman bagi beberapa kategori yang disediakan seperti Pasangan Pakaian Sedondon, Pasangan Paling Sporting & Pertandingan penampilan paling bergaya lelaki serta perempuan.


9.30 p.m : Sessi bergambar untuk setiap batch diadakan.

10.00 p.m ++ : Majlis bersurai...

Itulah diantara peristiwa-peristiwa yang terjadi masa majlis berbuka puasa tu berlangsung. Conclusionnya... majlis berbuka anjuran ALUMNI kali ni memang tak menghampakan mana2 pihak sekali pun.
Kat bawah ni adalah diantara kawan-kawan satu batch yang dapat hadiah mase malam tu.
Hadiah Cabutan Bertuah : Muzzamir, Suria and Azimah.
Pasangan Pakaian Sedondon : Shawal and fiancee, Ain.
Pasangan Paling Sporting : Zulaikha and kawan... 

Dan diantara gambar2 yang best ialah :

- Shawal and Ain - 



- Azimah, Nadia and Ain -



- Ieka, Suria, Arif and Liza -



- Muzzamir and his girlfriend, Ziana with Fatin Nabila and her kakak, Fatin Nadia (batch 2002) -



- Gadis-gadis ayu from batch 2003 except Ain (our junior cum Shawal's fiancee) -



- Muzzamir and Ziana takde Zain... hehe... -



- Mengambil gambar.. acara wajib bagi perempuan... lalala~ -



- Yeah... Batch 2003 united... From left : Fatin, Azimah, Nadia, Ain, Shawal, Muizz, Zamir, Ieka, Sue and Liza -



- Love this picture... Sume COMEL... hehehe.... =p -



- Ni senior2 from batch 2002 yang hadie. From left : Kak.Sue, Kak Nadiah, Kak Azila and Kak Nadia. Hujung skali tu tak terlibat. =p -



- Ni pulak our junior from batch 2004 -



- AJK ALUMNI SMK TAMAN KOSAS -


Sampai sini je buat masa ni... Till next post ya... bubbye~!

Saturday, September 5, 2009

UPDATE~ Majlis Berbuka Puasa ALUMNI SMK TAMAN KOSAS

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Hello friends~!


This is the latest info for the Majlis Berbuka Puasa ALUMNI SMKTK that will be held at Republic Cafe (Balai Seni Lukis Negara) on tomorrow evening.

Friends who have already confirmed their participation are :-
1. Hassan 
2. Muizz
3. Nurul Nadia
4. Nor Azimah
5. Fatin Nabila
6. Muzzamir & partner
7. Shawalluddin & partner
8. Lizaroziyanti & partner
9. Siti Suria & partner
10. Zulaikha & partner

And to those friends yang confirm ni, diingatkan kepada anda semua. Tolong berada di Republic Cafe sebelum pukul 6.30 p.m untuk sesi pendaftaran. Tiket dan cabutan bertuah akan diberikan setelah anda memberikan slip bayaran (masih berada pada saya, Ieka) semasa pendaftaran.

Important things to take note :
1. Tema : Baju Melayu (Lelaki) and Baju Kurung (Perempuan) (Tak ikut tema tak dibenarkan masuk)
2. Balai Seni Lukis Negara terletak berhadapan dengan Hospital Besar Kuala Lumpur dan di antara Istana Budaya dan Institut Darah Negara
3. If korang ada pertanyaan atau masalah... Please call or message my celcom number, tq.


Regards,
Zulaikha @ Ieka

Tuesday, September 1, 2009

ALUMNI EX-KOSASIAN



Tujuan utama Alumni SMK Taman Kosas :-

*Menyatukan bekas pelajar SMK Taman Kosas dari tahun 1989 sehingga sekarang.


Tujuan lain Alumni SMK Taman Kosas :-

1. Membantu pelajar-pelajar junior dalam
~ Bidang akademik
~ Dana tambahan (Sumbangan dari bekas-bekas pelajar dalam apa jua bentuk)
~ MemberI nasihat / teknik belajar dan lain-lain

2. Membina atau memperbaiki infrastruktur sekolah seperti :-
~ Tandas sekolah rosak
~ Meja dan kerusi sekolah yang rosak 

3. Serta tujuan-tujuan lain yang membawa kepada kebaikan kepada bekas pelajar, pelajar dan pihak sekolah.


Pada bulan 6 yang lalu satu mesyuarat AJK ALUMNI telah diadakan di SMKTK bermula jam 8.30 p.m sehingga 12 a.m. Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan mengenai ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat untuk persatuan ALUMNI SMKTK ini. Pada mesyuarat ini, AJK2 yang pada mulanya telah dilantik untuk menjayakan MAJLIS MAKAN MALAM AMAL yang telah dilantik pada 18 April 2009 telah sebulat suara bersetuju untuk membubarkan AJK2 yang telah ada dan membuat perlantikan baru. Ini berikutan terdapat AJK2 yang telah dilantik pada ketika itu tidak dapat memberikan komitmen kepada Persatuan ALUMNI ini. Ahli Jawatankuasa perlu dilantik sebagai kelayakan untuk mendaftarkan persatuan kepda pihak yang berkenaan. Oleh kerana itu, AJK terbaru yang dilantik ini merupakan mereka-mereka yang dapat memberikan komitmen untuk memajukan Persatuan ALUMNI SMK TAMAN KOSAS bagi tahun 2009 ini. Disenaraikan dibawah AJK ALUMNI SMK Taman Kosas yang telah dilantik semasa mesyuarat itu dijalankan. (Jika ada sebarang kemusyikilan dan tidak kepuasan hati, sila kemukakan kepada kami)


 AJK ALUMNI SMK TAMAN KOSAS

Pengerusi : En. Mohd Shafizan Sapie

N. Pengerusi (Admin) : En. Lakiruddin

N. Pengerusi (Operasi) : En. Mohd Herman

Setiausaha : Pn. Nazneen Asan

N. Setiausaha : Cik. Zulaidah Aman

Bendahari : Pn. Azleenaewatee Jamal Husainey

N. Bendahari : Pn. Norliana Ali

Penyelaras : 5 orang guru dari SMK Taman Kosas (perantara antara AJK dan pihak sekolah)


AJK Sukan :
1. En. Raja Khairul Mizan 
2. En.Jusmain Jumaat

AJK Aktiviti Amal : 
1. En. Azhar Gapor
2. En. Bakhtiar
3. En. Maskur Harun

AJK Makanan/Minuman : 
1. En. Kamarul Khairee Kamaruddin
2. En. Azhan Yaacob

AJK Cenderahati, Hadiah, Sumbangan : 
1. En. Zahid Abd Jalil
2. En. Noor Mohamad
3.En. Iskandar Ismail

AJK Majlis-majlis Keraian: 
1. Cik Nurin Husinoor
2. Cik Latifah Abd. Wahab
3. En. Sallehuddin Zainal Abidin

AJK Rombongan / Hari Keluarga : 
1. Cik. Norsuhaila Samsuri
2. Cik Zulaikha Zulkefle
3. En. Reimy Yunus

AJK Website: En.Mohd Naim Mastor

AJK Transport: Cik Ainun Jamaludin

AJK Kebersihan: CIk Maizarima

** Masih terdapat kekosongan untuk AJK setiap batch...
** Sekiranya berminat dan mampu memberikan komitmen kepada Persatuan ALUMNI ini, sila berikan nama kepada kami


Untuk menyertai/mendaftar sebagai ahli alumni SMK Taman Kosas
Sila hantar
Ke E-mail:  x_smktk@yahoo.com

CREDIT TO : K.Sue (http://spmbatch2002.wordpress.com/)

Republic Cafe @ Balai Seni Lukis Negara

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
Hye Guys~
Ni ada gambar Republic Cafe yang kita akan terjah hari Sabtu ni...
Just gambaran awal untuk kita la macam mana keadaan Republic Cafe tu...

Monday, August 31, 2009

Majlis Berbuka Puasa ALUMNI SMK TAMAN KOSAS




TARIKH : 5 September 2009 (SABTU)
TEMPAT : Republik Kopi @ Balai Seni Lukis Negara




MASA : 6.30 petang
BAYARAN : RM 35 (Dewasa)
                             : RM 20 (Kanak-kanak)
TEMA PAKAIAN : Baju Melayu (Lelaki) + Baju Kurung/Baju Kebaya (Perempuan)


P/S: Boleh bawa pasangan/couple/parent/adik2 dan sesiapa je....




Sedikit info mengenai Majlis ini :

1. Pembayaran perlu dibuat sebelum 3/9/2009. Slip pembayaran akan diberikan kepada anda apabila anda membuat pembayaran.
2. Sila bawa slip pembayaran pada hari Majlis Berbuka Puasa (5/9/09) sebagai bukti dan anda akan diberi kupon. Nombor cabutan bertuah terdapat pada kupon yang anda terima.
3. Bagi sesiapa yang ingin menyumbangkan (hadiah) bagi cabutan bertuah (Harga dan jenis hadiah yang mahu disumbangkan tak di tetapkan), anda boleh berbuat demikian pada hari tersebut.
4. Parking : Sangat luas dan apa yang penting??!! FRREEEEE... hehe...
5. Tempat duduk : Dua pilihan table...8 seats and 4 seats. Tempat duduk adalah bebas. Jika anda datang bersama family, anda boleh memilih untuk duduk bersama family anda. Begitu juga kalau anda datang bersama partner, kawan2 dan lain-lain. Setiap batch yang hadir akan ditempatkan berdekatan dengan kawan2 satu batch, so that, kita boleh buat reunion batch sekali gus. YEAYYY!!! hehe...
6. So far, seramai 58 orang ahli ALUMNI dah confirm akan datang. (Dari batch 1995-2004)
7. Telah melepasi target minimum iaitu 45 orang.  Jika sampai 100 orang , kita akan conquer satu hall. So, bantulah untuk meramaikan majlis ni nanti. (Especially, for our batch 2003)
8. So far, penyertaan yang teramai adalah dari batch 2003-our batch. Nanti Ieka akan update nama siapa yang akan hair on that night.
9.Antara VIP yang akan hadir : Pengetua, YB Azman
10. Doorgift akan diberikan.
11. Extra info mengenai Republic Cafe dan sedikit gambaran pada hari kejadian : 



REPUBLIC CAFE
* Terletak di dalam bangunan Istana Budaya (>20 minutes from Ampang-if tak jem la... hoho..)
* Ada surau
* Menyediakan 30 jenis juadah
* Buffet-oriented


TENTATIF
# 6.30 p.m : Ketibaan semua ahli ALUMNI
             : Pendaftaran akan dijalankan
# 7.00 p.m : Menunggu ketibaan tetamu jemputan seterusnya menanti ketibaan azan maghrib dan berbuka.
# 8.00 p.m : Solat maghrib (berjemaah). Lepas tu boleh makan balik sementara nak tunggu Isya'
# 8.45 p.m : Solat Isya' dan tarawikh
** Moreh akan diadakan lepas solat tarawikh. Aktiviti makan2 lagi... yeayyyy~!! =p



++Aktiviti++
1. Pertandingan Pasangan Sedondon.
2. Cabutan Bertuah.
3. Pertandingan penampilan paling bergaya (Lelaki/Perempuan)

Contact person :
1. Nazneen 012 663 7474
2. Nurie 012 974 4678
3. Latifah 013 202 1258
4. Zuriahanim: 019 240 9006
atau boleh tinggalkan komen disini :)

Alamat :
Map Republik Kopi @ Balai Seni Lukis Negara
No. 2, Jalan Temerloh Off Jalan Tun Razak.
(Bersebelahan dengan Istana Budaya. Berdepan dengan Hospital Kuala Lumpur)

MAP 1: Balai Seni Lukis Negara/National Art Gallery
Credit to : Kak Suhaila (http://exsmktk03.blogspot.com/)

Pembukaan Blog!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Hye all~! 

Seperti yang telah kita bincangkan bersama dalam FACEBOOK baru-baru ini, ex students SMKTK batch 2003 telah bersetuju untuk membina sebuah blog untuk tujuan penyampain info2 terkini berkaitan ex students batch 2003. So, sebagai permulaan Ieka dah run kan dulu blog ni sementara nak menunggu author bersama untuk me'run'kan blog ni nanti. Ok, sebagai permulaan.. Ieka akan masukkan info terkini berkaitan event yang akan dijalankan dalam mase terdekat ni iaitu


MAJLIS BERBUKA PUASA ALUMNI SMK TAMAN KOSAS